Saturday, October 23, 2010

TROU HOLOGRAM MOBILE PHONE


Idea ini lahir daripada imaginasi Mac Funamizu, iaitu seorang pereka gajet atau peralatan moden (freelance designer). Beliau membayangkan bahawa kita sudah boleh mencapai tahap penggunaan teknologi smartphone bertahap 3-dimensi (3D). Pengguna Smartphone di masa akan datang tidak perlu menggunakan skrin lagi, tetapi boleh menggunakan smartphone Trou Hologram Mobile Phone yang berasaskan 3D hologram yang dipancarkan pada ruang kosong skrin paparan. Projektor kecil garis permukaan bahagian dalam berongga memperkenalkan pelbagai aspek teknologi yang penting terhadap penciptaan gajet ini. Syarikat pengeluar barangan berteknologi tinggi iaitu Sharp telahpun melancarkan teknologi 3D panel, yang hanya sesuai untuk paparan kecil seperti dalam telefon dan game konsol portabel, pada bulan April tahun ini (2010). Telefon bimbit elektronik yang membolehkan pengguna melihat gambar 3D tanpa kacamata khusus telah wujud sebelum ini kerana orang cenderung untuk melihat paparan dari jarak tetap dan sudut pada peranti peribadi, sehingga teknologi masa kini tidak terlalu sukar untuk menawarkan fungsi 3D (3-dimensi). 

No comments:

Post a Comment