Saturday, October 23, 2010

FROOT PC DELL



Pereka industri Paulina Carlos memperkenalkan konsep Froot PC Dell yang tidak menggunakan papan kekunci dan monitor secara fizikal, tetapi melalui projektor. Kebiasaannya, kita menggunakan monitor dan USB keyboard, tetapi melalui teknologi ini, pengguna hanya memerlukan projektor iaitu sebuah alat yang berbentuk bonggol yang akan memancarkan paparan skrin pada dinding atau kawasan yang rata. Pengguna juga tidak memerlukan lagi papan kekunci secara fizikal, tetapi ianya hadir di dalam bentuk maya iaitu pada meja pengguna. Teknologi Froot PC Dell ini juga mempunyai bahagian-bahagian yang mempunyai fungsi tersendiri. Contohnya, di sebelah kiri alat ini terletak kedudukan tempat untuk sambungan USB dan sebagainya. Di sebelah kanan pula terdapat tempat untuk memainkan DVD drive. Jika produk ini dipasarkan, Paulina Carlos akan memastikan bahawa ianya akan diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula seperti polimer. Alat ini juga akan mengurangkan pembuangan bahan-bahan seperti komputer lama jika kita tidak memerlukan lagi komputer tersebut. 

No comments:

Post a Comment