Saturday, October 23, 2010

ASSISTED WALKING COURTESY OF HONDA’S NEW ROBOTIC TECHNOLOGY



Syarikat pengeluar kereta Jepun, iaitu Honda telahpun berjaya mencipta sebuah alat untuk membantu manusia berjalan kaki terutamanya apabila menaiki tangga atau berjalan untuk jarak yang sangat jauh. Untuk membuktikan teknologi ini, Honda mempamerkan video pekerja berjalan dengan memakai alat tersebut. Mampu membantu pemakainya berjalan menaiki tangga dengan keadaan postur badan yang menegak. Jurutera Honda Jun Ashihara menerangkan bahawa alat ini sangat berguna bagi orang yang banyak  berdiri sepanjang hari dan juga mereka yang selalu membuat kerja-kerja penghantaran yang memerlukan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Teknologi ini dilengkapi dengan komputer on-board, motor, gears, bateri, dan sensor yang terletak di dalam alat ini. Ianya direka untuk merespon gerakan si pemakai dengan menolak ke atas pada langkah-langkah untuk memberikan momentum kuasa. Ketika berdiri tegak, alat ini sama menggalakkan pemakai untuk mengukuhkan kesatbilan postur badan.

No comments:

Post a Comment